Pendudukan Jepun Di Malaysia
Pengenalan
Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana pedagang-pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli. Antara barang dagangan utama yang diminati oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain. Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini ialah dengan pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka. Selain itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah.
Pendudukan Jepun
Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :- Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan . Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .
- Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun . Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .
Kesan pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :
Kesan sosial
Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.
Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang .
Kesan Ekonomi
Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot .
Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.
Kesan politik
Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
- Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
- Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.
Selepas pendudukan Jepun
Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.
Kesimpulan
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara yang seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sebuah sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
PENGAJARAN
Pengajaran yang kita dapat ialah :
1) Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
2) Manusia atau sebuah tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
3) Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
4) Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sebuah negara bangsa.
5) Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
6) Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
7) Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesutu bangsa.
8) Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara.
RUJUKAN
1) Internet - Laman web
https://www.blogger.com/blogger.g? blogID=3010189816563743490#editor/target=post;postID=6223824490870059682
2) https://www.youtube.com/watch?v=PFsHF76SEN8

No comments:
Post a Comment